NamE AkU mirul

Aku aSaL DAri PeRak..PaNtaI ReMis.UMo AkU 20Thn and BaRu jer aBih belajo kat PUo..(Politeknik Ungku Omar).Kat SaNer Aku amBik Coz SiJIL KeJuteRaan MeKAniKal..huhu.Susah Tu!!



   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, August 23, 2009
KemBali BerSaMA Semula>>>>

setelah lama ku tinggalkan blog ni ari ni aku m'jenguk aku kembali....Penatnyer.

Posted at 11:31 pm by CeKoDok
KoMeN Le Ckit  

Tuesday, June 19, 2007
...BoSan...

19/06/07............pukul 5.27 ptg.Lokasi ofizku..

ape benda pun aku tak tau nak tulis ape..letih je rase keje kat cni..Macam tak der mase depan je..arg.....!!! Bosan...!!! Bile la aku blk balik dari kilang,penat dan bosan..b'campur gaul..

Posted at 05:27 pm by CeKoDok
KoMeN Le Ckit  

Friday, May 26, 2006
Mawar merah di langit..tanda kiamat hampir

Subhanallah....semoga kita sentiasa beringat hendaknya...


AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI
DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK
DILANGIT YG PECAH... DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN

LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN

ISLAM.........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;

"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH

LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***

AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT

BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA

KEDUNIAAN..................PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN

AKHIRAT.................. DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN....

Wassalam...

> Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama

> yang lain.

Posted at 07:04 pm by CeKoDok
KoMeN Le Ckit  

Wednesday, April 12, 2006
UBAT SIHAT SEUMUR HIDUP

Dos : tiga kali sehari selepas makan dan sekerap yang boleh

 

Ø      Ketawa

Ø      Bersosial

Ø      Luahkan rasa marah

Ø      Bersikap tegas dan muktamad

Ø      Bersikap pendesak

Ø      Dapatkan tidur yang cukup

Ø      Sesuaikan diri dengan persekitaran

Ø      Galakkan diri sendiri

Ø      Pilih pemenang

Ø      Beri ganjaran diri

Ø      Semai sifat amal

Ø      Pupuk kerohanian

Ø      Ambil perhatian

Ø      Adakan hubungan seks

Ø      Usah bekerja kuat, bekerja bijak

Ø      Bela binatang

Ø      Bercuti

Ø      Pupuk satu hobi

Ø      Agih atau menugaskan kerja

Ø      Kawal kewangan sendiri

Ø      Jangan suka bertangguh

Ø      Hidup berpandukan senarai

Ø      Makan dengan betul dan seimbang

Ø      Amalkan senaman

Ø      Relaks, tarik nafas sedalam yang boleh

Posted at 09:35 pm by CeKoDok
KoMeN Le Ckit  

TaZkiRah

ENAM PERKARA DIPANDANG ASING BILA BERADA DI ENAM TEMPAT.

Telah bersabda Nabi s.a.w :
 

Yang bermaksud : "Enam perkara dipandang asing dienam tempat iaitu :
 

  1. Masjid adalah asing dikalangan orang-orang yang tidak sembahyang didalamnya.
  2. Al-quran adalah asing dirumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.
  3. Al-Quran juga asing didalam hati orang yang fasik (iaitu orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).
  4. Seorang muslimah yang soleh dipandang asing disisi lelaki yang zalim yang buruk perangainya.
  5. Lelaki muslim yang soleh adalah asing disamping perempuan hina yang buruk akhlaknya.
  6. Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya. Kemudian dia (nabi s.a.w) telah bersabda :
    "Sesungguhnya Allah swt tidak akan memandang mereka dihari kiamat dengan pandangan kasihan".



RAHSIA MELEMBUTKAN HATI DAN MENJERNIHKAN FIKIRAN
 

Berkata hamba Allah :
Yang bermaksud : "Siapa yang meninggalkan perbuatan dosa, menjadi lembutlah hatinya, dan siapa yang menjauhkan diri dari yang haram, lalu memakan makanan yang halal, menjadi jernihlah fikirannya".

 

Allah swt telah mewahyukan kepada sebahagian nabi-nabiNya
dengan firman Nya :
"Patuhilah apa yang telah Aku suruh dan jangan engkau langgar akan nasihatKu".
 
 

3 PERKARA YANG MESTI DIJAUHI
 

Telah bersabda Nabi saw :

Yang bermaksud : "Barang siapa bangun diwaktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya.Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia, bererti ia telah marah kepada Allah.Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya, maka telah hilang dua pertiga agamanya."
 
 (IBNU HAJAR AL-ASQALANI)
 
 
"Orang yang paling zalim terhadap dirinya ialah orang yang merendahkan dirinya kepada orang yang tidak akan menghormatinya, menyayangi orang yang tidak akan memberi faedah kepadanya dan memuji orang yang tidak dikenalinya"

......IMAM SYAFI'E
 

Posted at 09:05 pm by CeKoDok
KoMeN Le Ckit  

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud
cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan
kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan
masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat
secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal
hinggalah akhirnya hayat Baginda.
 
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini
sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan
segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali
cuma  ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah
memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung
tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk
mengkafankan bahagian mukanya.
 
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya
Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda
yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat
bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-
orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang
menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di
rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka
kepada Allah SWT.
 
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati;
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya
selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging
lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti
kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
 
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan
kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan
dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun
malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa
yang akan dicabutnya.
 
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera untuk makan.
 
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita  selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
 
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.
 
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
 
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga
kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang
akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga
kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan
samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa
dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat
Allah SWT yang maha
berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa
tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan
doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
 
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita
diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
 
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
 
WALLAHUA`LAM
 
 
 
Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran."
Surah Al-Ashr
 
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Posted at 09:03 pm by CeKoDok
KoMeN Le Ckit  

Next Page